BATCH 11 S.M.A.K.J

1001 Kenangan....

Tuesday, December 8, 2009

MAJLIS PERNIKAHAN NUR NAJWA HANANI DAN MOHD RIDUAN

ASSALAMUALAIKUM WBT

SALAM WALIMATUL URUS....

SEMPENA CUTI SEKOLAH KALI INI BANYAK BETUL UNDANGAN WALIMATUL URUS.....

DISEBABKAN ITU JUGA NUR NAJWA HANANI TIDAK TERKECUALI UNTUK MENGADAKAN MAJLIS PERNIKAHANNYA PADA MINGGU HADAPAN.....ANDA DIJEMPUT UNTUK MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS YANG SERBA RINGKAS DAN SEDERHANA...BERIKUT ADALAH BUTIRAN MAJLIS:-

MAJLIS PERNIKAHAN NURNAJWA HANANI DAN MOHD RIDUAN

TARIKH: 17 DISEMBER 2009 / 30 ZULHIJAH 1430


HARI: KHAMIS

MASA: SELEPAS ZUHUR

TEMPAT: 16, JALAN KENANGAN,
KAMPUNG MELAYU MAJIDEE,
81100 JOHOR BAHRU...
JOHOR (DEKAT DGN UMAH ECAH N PUSANG)

KALAU TIADA ARAL MELINTANG MAJLIS RESEPSI AKAN DIADAKAN PADA BULAN MAC, KAD JEMPUTAN JUGA AKAN DIEDARKAN UNTUK MAJLIS RESEPSI.


KEPADA NAJWA: SEMOGA BERBAHAGIA...JADI ISTERI TERBAIK UNTUK SUAMI KAMU....SEMOGA MENDAPAT ZURIAT YANG SOLEH N SOLEHAH,,,,,JAGA RUMAHTANGGA BETUL2..BIAR RUKUN SENANTIASA......BANYAK KAN TOLAK ANSUR..DAN YANG TERAKHIR...JANGAN LUPA KAN MASA LEPAK DENGAN KAWAN2 MU...HAHAHAHA

Tuesday, November 17, 2009

jemputan majlis perkahwinan janah rahim

Friday, September 25, 2009

LAPORAN KONVOI RAYA...

LAPORAN KONVOI RAYA SEKITAR JOHOR BAHRU

24 SEPT, KONVOI RAYA DISEKITAR JOHOR BAHRU TELAH DIADAKAN SEHARIAN. SERAMAI 20 ORANG TELAH MENYERTAI KONVOI INI YANG DATANG DARI PONTIAN, BATU PAHAT, MERSING DAN LAIN-LAIN TEMPAT. SEBANYAK 10 BUAH RUMAH TELAH DIKUNJUNGI IAITU DI TERATAK AISYAH (ECAH), NAJWA (JUWEK), MAHFUZAH (PUSANG), MUSLIMAH (MUS), REZA, EIFA, MUHYIDDIN (GENGSTER), SYAFIQ (CAON), SYAI, DAN TERAKHIR DI RUMAH HALIM (J-NA@HALIMNASS)

PERJALANAN BERMULA PADA JAM 10PG DENGAN BERKUMPUL DI RUMAH AISYAH LOKMAN (ECAH) SEHINGGA BERAKHIR DI RUMAH HALIM NASS PD JAM 9.30MLM. BERMACAM-MACAM JUADAH DISEDIAKAN DI SETIAP RUMAH. RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI HADIR UNTUK BERSAMA-SAMA MENZIARAHI RAKAN-RAKAN DISEKITAR JOHOR BAHRU. KEPADA YANG TIDAK SEMPAT DI KUNJUNGI, PIHAK PENGURUSAN MEMINTA MAAF KERANA KESUNTUKAN MASA UNTUK HADIR.

DI DALAM KONVOI INI PERJALANAN BERJALAN DENGAN LANCAR, TANPA TERDAPAT MANA-MANA YANG SESAT KERANA SETIAP KENDERAAN TELAH DILETAKAN PETANDA REBEN BIRU DI SETIAP KERETA.
DALAM MASA YANG SAMA, TERDAPAT JUGA LAWATAN-LAWATAN YANG TIDAK RASMI DILAKUKAN OLEH RAKAN-RAKAN DISEKITAR DAERAH LAIN YANG TIDAK TERLIBAT. SEPERTI PONTIAN, MUAR DAN LAIN-LAIN.

KEPADA RAKAN-RAKAN DI DAERAH LAIN, PIHAK PENGURUSAN MEMINTA MAAF KERANA TIDAK DPT BERKUNJUNG SATU JOHOR KERANA FAKTOR MASA, JIKA DIPANJANGKAN UMUR,DI BERI PELUANG, MAJLIS DAN AKTIVITI SETERUSNYA AKAN DILAKUKAN DI KAWASAN LUAR DARI DAERAH JOHOR BAHRU.

UNTUK PENGETAHUAN RAKAN-RAKAN SEKALIAN, AKTIVITI RASMI MUNGKIN AKAN BERHENTI UNTUK SEKETIKA SEHINGGA REUNION SETERUSNYA 6 TAHUN DARI SEKARANG. SEGALA AKTIVITI TIDAK RASMI AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN. SEGALA MAKLUMAT DAN PENGUMUMAN AKAN DI SUSULI KEMUDIAN.

Monday, September 21, 2009

Salam lebaran...

Selamat aidilfitri

Selamat idul fitri, bumi

Maafkan kami

Selama ini Tidak semesa-mena Kami memperkosamu


Selamat idul fitri, langit

Maafkanlah kami

Selama ini Tidak henti-hentinya Kami mengelabukanmu


Selamat idul fitri, mentari

Maafkanlah kami

Selama ini Tidak bosan-bosan Kami mengaburkanmu


Selamat idul fitri, laut

Maafkanlah kami

Selama ini Kami mengeruhkanmu


Selamat idul fitri, burung-burung

Maafkanlah kami

Selama ini Memberangusmu


Selamat idul fitri, tetumbuhan


Maafkanlah kami Selama ini Tidak puas-puas Kami menebasmu


Selamat idul fitri, para pemimpin

Maafkanlah kami

Selama ini Tidak habis-habis Kami membiarkanmu


Selamat idul fitri, rakyat

Maafkanlah kami

Selama ini Tidak sudah-sudah Kami mempergunakanmu.


Selamat Idul Fitri... 1 Syawal 1430H...

Thursday, September 17, 2009

Tentatif Perjalanan Konvoi Raya

TARIKH : 24 SEPTEMBER 2009

HARI : KHAMIS

WAKTU : 9.00PG

TEMPAT KUMPUL : UMAH ECAH; 22, JALAN RAHMAT, KG MELAYU MAJIDEE..JB

PLAN PERJALANAN : BELUM DITENTUKAN LAGI

p/s: pd umah2 yg dilawati, x payah ssh2 nak masak. Cukuplah makan kueh raya .TAPI… kalau nak wat.. blh jeee. kitorg suke jek!! Hehe.. ^_^

Konvoi Raya Edisi JB!!!

Spt yg dijanjikan.. Kite akan wat aktiviti tuk raya. Dan kitorg dah sepakat nak wat KONVOI RAYA EDISI JB. Maksudnye.. kite akan berkonvoi ke umah2 mereka yg de kat area JB. SMS telah dikirim kepada empunya2 tuan umah yg ingin dilawati. Plan perjalanan belum ditentukan lagi. Tp tarikh yg dipilih adlh raya ke5; 24 SEPTEMBER 2009 - Hari Khamis. Tp war2 ade yg kate, dh mule keje ye hr tu?? Kalau de kekangan camtu.. harap dimaklum segera.. supaya kite leh arrange smula tarikh aktiviti. Ok.. Kat bwh ni list umah2 yg masuk carta konvoi raya edisi JB..

KG MELAYU – ecah, jwek, pusang

MAJIDEE – Reza, Rambo

KG KASTAM – Dayah Aman, Pak Tam

BBU – Zack, Jannah, Shai, Yan, Caon

JOHOR JAYA – Apo, Nyong

MOUNT AUSTIN – Po’Bear

NONG CHIK – Sukim, Ana Pem

PASIR GUDANG – Halim Karim, Iffa

TMN PELANGI - Mus, Bobosh

SKUDAI – Halim Nas, Zab

KEMPAS – Gengster, Maisarah Malik, Syafiq Nawawi, Farah Nurhida, Zuhdi

SENAI – Syahirah Ariff, Ijot

PULAI PERDANA – Dayah Mohd (Cik Lenting)

Kpd sesiapa… Yg umah ddekat ngan kawasan2 tu tp nme x masuk list, leh la bgtau. X yah segan2 k. N pd sesiapa jua yg nak ikut konvoi ni.. adalah dialu-alukan! SEMUA WARGA BAC 11 SMAKJ adlh dijemput! Tak terhad pd nme2 diatas shj. Sesiapa de cadangan n bantahan, sila bgtau pd aku (AYU BIKAN) atau ECAH LOKMAN. Supaya aktiviti dpt bejalan dgn lancar. Harap dpt feedback smula dr korg sume ya!

Oh ya! Sblm terlupa, aku perlukan khidmat nasihat dr mereka yg expert tentang jln kat JB! Ni nak memudahkan plan perjalanan konvoi tu nanti. Kalau ade yg tau, leh volunteer bgtau aku tau! I’m waiting..

Friday, September 11, 2009

ecah yg kepoh

ecah yg kepoh

Shared via AddThis

Thursday, September 10, 2009



sila lihat dgn teliti siapa di dalam video ini??? huhu

Monday, September 7, 2009

MOV035.MOD

MOV035.MOD

Shared via AddThis

WALIMATUL URUS..


Align Center
ASSALAMUALAIKUM....
JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN

Rakan-rakan batch 11....
tanggal
27 September 2009 tarikh keramat bg seorang sahabat kita iaitu
izuddin @ zidane
akan menamatkan zaman bujang nye...

pasangan beliau iaitu
Noraini.....

so, dijemput rakan2 semua hadir.... ok..
26 sept kat umah sebelah perempuan
27 september umah sebelah lelaki.
better kita hadir umah lelaki la ek....
sebab beliau menjemput untuk dtg ke rumah die......

sempat bg kat jemputan time majlis berbuka ari tu..
tahniah zidane....

ni alamat tempat majlis perkahwinan zidane...

Sunday, September 6, 2009

tq for everything....


untuk lebih banyak gambar menarik..boleh lah ke facebook mujib..

http://www.facebook.com/album.php?aid=2023769&id=1260712786

jumpa raya nanti...

LAPORAN MAJLIS BERBUKA PUASA BATCH 11 SMAKJ

Sept, 6. Majlis berbuka puasa generasi ke 11 Sek. Men. Agama Kerajaan Johor telah diadakan di J.A Residence di Johor Bahru. Seramai 45 orang telah hadir memeriahkan majlis berbuka puasa tersebut yang terdiri dari 20 orang lelaki dan 25 orang perempuan.

Majlis bermula dengan kehadiran tetamu yang hadir bermula jam 6.00 ptg sehingga 7.00 ptg. Walaupun pada permulaan kehadiran terlalu sedikit, tetapi kehadiran semakin bertambah ketika waktu maghrib hampir tiba. Tetamu berbuka dengan sedikit buah kurma dan minuman dan dimulakan ngn solat maghrib dahulu sebelum juadah berbuka puasa bermula.

Jam 7.45 mlm, para hadirin mula menjamu selera selepas selesai solat maghrib. Antara juadah yang disediakan adalah nasi putih berlaukkan daging kambing sambal, ayam, ikan sweet sour, mee kari, sayur-sayuran, kuih muih, kacan hitam, puding, dan bermacam-macam lagi juadah yg disediakan untuk majlis yang julung-julung pertama kali diadakan selepas majlis reunion di "Gunung Ledang".

Jam 8.15 mlm, ucapan disampaikan oleh pengerusi Bacth 11 SMAKJ 'Abdul Hazim bin Gafa', antara ucapan yang disampaikan oleh beliau adalah ucapan yang tidak terhingga kepada AJK pelaksana penggerak majlis berbuka puasa dan beliau tidak menyangka akan kehadiran dan sokongan yang diberikan oleh rakan-rakan sekalian. walaupun ada yang tidak dapat hadirkerana urusan kerja, tetapi sokongan dan diberikan amat dihargai. beliau berharap agar rakan-rakan batch akan sentiasa memberikan sokongan atas segala aktiviti yang dijalankan oleh AJK Batch 11 dengan harapan supaya ukhwah yang dipupuk sejak di tingkatan 1 sehingga tamat belajar akan diteruskan sehingga akhir hayat.

Jam 8.30 mlm, majlis diteruskan ngan sesi ramah mesra antara satu sama lain dan bergambar sebagai kenangan. Majlis bersurai jam 9.00 mlm.

Disediakan,
ABDUL HALIM NASARUDDIN
S/U BATCH 11 SMAKJ

Thursday, August 27, 2009

last announcement

assalamualaikum...

sesiapa yang nak join majlis buka pose leh bagi nama selewat2nya 2 september duit leh bank in kan ke akaun bank islam saya (16018020148433) or cimb (11110018786528) atas nama siti aishah binti lokman...fees adalah rm30 kalo nak sedekah lebih lagi bagus bulan pose ni kan..after bank in kena terus inform kat saya (0176281852)...

sedikit info mengenai hotel ni...dulunya dikenali sbg compact hotel yang bertaraf 3 bintang...agak sukar sikit dalam mendapatkan parking,,,so saya suggest kalo yang datang 50 org jgn bawak 50 kete lak...minimumkan transport...

address: 18, Jalan Wong Ah Fook, 80000 jb

k rodger2...tq

Tuesday, August 25, 2009

confirmation.........

assalamualaikum teman-temanku yang disayangi....

boleh x confirmkan sesiapa yang nak hadir majlis buka pose pada 5 september ni. sbb nak deal dgn pihak hotel...kalo bolek ajaklah ramai2...ok..

boleh confirmkan dalam banyak cara...samada melalui blog ni...atau email saya (aishahlokmanordin@gmail.com), atau email zakiah (nurulzakiahmohdzan@yahoo.com),.

anda juga boleh confirmkan terus melalui sms ke: saya aka ecah (0176281852), atau zakiah (0197753428) atau ayun (0176987846) atau kalo yang lelaki segan, leh terus ke halim nas (0177915954), atau gengster (0127562083)..

k, buat setakat ni sy still lagi dalam process utk confirmkan dengan JA residence hotel...tapi ada some problems skit...price maximum dia boleh bagi rm35 but boleh dikurangkan depends on menu. so, saya dah hantar menu yang dicadangkan (nasi+ayam or ikan+sayur+sambal belacan+puding kastard + bubur pulut itam+ 2 or 3 jenis kuih + buah +air panas +air sirap),sya mintak RM30. untuk setakat ini sajalah....

saya try confirmkan semuanya selewat2nya sabtu ni...any suggestion sangat dialu2kan...n harapnya semua bolehlah luangkan masa...macam manapun saya nak kan list nama sesegera yang mungkin...jadi mudah lah keje saya kan...harap dpatlah bantu saya yerr...kita sama2 pastikan semuanya berjalan lancar...

ok...tq

Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADHAN....




Salam Ketenangan dan Ketabahan di bulan Ramadhan...Alhamdulillah kerana dipanjangkan umur, kita semua masih lagi dapat merasai Ramadhan kali ini, jadikan Ramadhan ini lebih baik daripada yang lepas...maaf di pohon di atas segala kekhilafan...

Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan. نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ “Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala” Lafaz Niat Puasa. نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض ِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ ...هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ “Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.....

CONGRATULATIONS NAJWA HANANI!!!!

dalam paper pun ada pic jwek tau...kita batch 11 smakj patut berbangga sbb kita ada nur najwa hanani yang mendapat anugerah pelajaran diraja...sejuk perut mak mengandung....jumpa ayah jwek kat traffic light pun senyum lebar...paling best statement perempuan johor ni dalam paper bila wartawan tanya mcm mana cara awak belajar?? jwek jawab saya belajar mcm biasa..org lain berhibur, saya juga berhibur...ini diakui oleh kawan sebelah meja jwek dan sekampung jwek (ecah...nak jugak)....mereka sama2 berhibur...bermain-main...tapi ntah mengapa hanya jwek sorang jerk yang berjaya mendapat anugerah diraja. hebat lah mu jwek....org lain bercinta...mu pun bercinta...susah nak nampak mu single....org lain main kawin2...mu pun main kawin2...org lain nyanyi2...mu lagi sakan menyanyi...tahniah lah....harapnya kawan2 yang lain lagi bersemangat n bersungguh2 untuk menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang...dunia n akhirat..


Friday, August 7, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA

ASSALAMUALAIKUM WBT...


Satu cadangan untuk mengadakan majlis berbuka puasa batch 11 telah diutarakan.....

justeru, feedback dari teman-teman batch 11 yang lain sangat2 lah diharapkan bagi menjayakan majlis ini.

kami bercadang utk mengadakannya di sekitar area Johor Bahru....

Tarikh yg dicadangkan pula adalah 5 september 2009

buat setakat ni....tempat2 yang dicadangkan adalah new york hotel or restoran jb catering

bayaran adalah dalam sekitar rm50.00

ermmmm....oleh kerana ramai teman2 yang sibuk, and ada segelintir yang tidak dapat berkunjung ke blog ni, so, siapa2 yang tahu ni tolong sampai2kan yerrr...

kehadiran kalian teramat sangatlah diharapkan sebabnya, time majlis tu nanti nak bincang skit pasal program hari raya dan juga masalah kewangan..

kalau semua ada, kan senang nak bincang....

kalau juga ada apa-apa masalah or cadangan untuk majlis ni boleh sajer terus keutarakan sama ada dalam blog atau terus hubungi:-

aishah aka ecah - 0176281852 or
halim nas - 0177915954

suara anda amat penting.....jika sebulat suara telah bersepakat dan bersetuju dgn tarikh n tempat...kita akan proceed terus utk memilih ajk yang akan bekerja n bertindak bagi menjayakan majlis ni....harap sangat semua bersedia untuk diberikan tugas dan dapat berikan kerjasama...

sekian.....

Sunday, July 26, 2009

AL-FatihAh..

Assalamualaikum..
kepada teman2 sekalian, marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah buat arwah mak Hidayah Amat Ali yg telah kembali ke rahmatuLlah...

p/s
-thanx kpd teman2 yg update blog ni ngan info2 terbaru..(

-kalau ada ahli keluarga yg sakit,or kembali ke rahmatullah..tlg info.mungkin kita x mampu berbuat apa2 tapi kita sama2 boleh memohon kepada Allah agar yg sakit dapat sembuh,dan yg telah kembali ke rahmatullah ditempatkan ke dalam golongan yg diredhai Allah.

-sori kalau aku x dapat laksanakan tugas ngan baik...

Saturday, July 18, 2009

UPDATED NAME....

ASSALAMUALAIKUM....

Rakan2 sekalian.... ni updated nama yg dh ada kt sy betul2....k
yang belum ada, tolong add ye kt komen atau email sy halimnass@yahoo.com tq...

1. AAINA BT SALIM
2. ABDUL HALIM BIN NASARUDDIN
3. ABDUL HAZIM BIN A.GAFA
4. ABDUL MUJIB BIN ARBAIN
5. AHMAD RADHI HAFIZ BIN ADAM
6. AHMAD SAUFFY ABU NAIM
7. ANIS FARIDAH BT JAAFAR
8. AYUNI ASMA' BT BAHARUDIN
9. HELMI MOHAMED
10. MAISARAH BT A.MALIK
11. MOHAMAD SOBERI BIN ZAKARIA
12. MOHD KHAIRUL HELMY ABDULLAH
13. MOHD NAJIB BIN M. NOOR
14. MOHD SHAHRIZAL BIN NASIR
15. MUHAMMAD KHAIRUL BASSRI BIN ADAM
16. MUHAMMAD FERDAUS BIN OMAR
17. MUHAMMAD SUKRI BIN NGATIMAN
18. NOR AIRAWANI BT AYUB
19. NORFADILAH KHALID
20. NUR NAJWA HANANI ABD RAHMAN
21. NURFARHANA OTHMAN
22. NURUL ZAKIAH MOHD ZAN
23. SARAH ABDUL RAHMAN
24. SITI AISHAH LOKMAN
25. SYAFIQ ZULAKIFLI
26. SYAHIRAH MOHD ARIFF

Ni yang ada setakat ni. sapa2 lum ada lagi, tolong email kan kt halimnass@yahoo.com or reply mail ni kt komen.k. harap maklum
NAMA:
I/C:
NO.TEL:
ALAMAT:
EMAIL:

BENDA PENTING KENE TULIS.

-S/U@11-

Friday, July 17, 2009

BENDA PENTING MESTI BUAT.....TANGGUNGJAWAB ANDA....

ASSALAMUALAIKUM....

Ini mesti mengejutkan...tp tak ada pape yang gempak pon...just nak remind rakan2 semua....

jangan lupa datang majlis rumah perkahwinan azian rakan kita tu....:)
sapa2 dekat sana jemput datang....dipelawa datang......
sapa2 yang jauh jemput datang......x dapat datg mungkin sebab masalah jarak x ada masalah.....
usaha tangga kejayaan...hehe...

ok...kt sini nak ingatkan kt rakan2 sume...sapa2 yg belum bg alamat, nama penuh, nama gelaran ke, no tel, status kerja@beljar@kawin@bujang.... tolong pas kt blog nie.....
atau email kat aku.... halimnass@yahoo.com

and sapa2 nak kawain yang nak minta alamat, leh minta kat aku(halim) atau ecah atau mana2 management.....tp kt aku dh ada yg updated. cuma x ramai baru 21 org...mungkin kt ecah the princess pon ada gak yg lebih updated. so, mana yang lain..tolong sampai2kan kt rakan2 ok.

rekod masa kt gunung ledang lesap kemana hilang.....x apa la..puteri gunung ledang amik kot wat kenangan batch 11 dtg sana..hehehe. ok... tu jek untuk peringatan

ok guys... see u.

-s/u@11

Wednesday, July 8, 2009

management of smakj eleven...

Assalamualaikum wbt.... dan salam sejahtera...

kepada semua pengunjung blog smakjeleven...sudah agak lama juga saya tidak bertanya kabar kepada teman2 batch 11. harap2nya sihat lah yerr...

kalau ada apa2 berita or announcement leh lah share skali kat blog ni. memeriahkan entri kita ni..x derlah nampak suram jer kan...

saya ada nak announce sesuatu....memandangkan boss besar kita sekarang ni tgh busy sgt dgn housemanship nya di Sultan Ismail Hospital...so, segala masalah, urusan, hal kebajikan, or apa2 yang berkaitan dgn batch 11 leh refer terus kepada saya ataupun ayuni ataupun halim ataupun muhyidin (gengster). espesially sekarang ni kan ramai yang nak mendirikan rumahtangga, so apa2 information yang teman-teman perlukan boleh terus refer kepada kami. insyaAllah kami try bantu apa yang kami mampu.

Boss skrg memang tgh busy, so kita sama2 lah mendoakan segala urusan kerja nya berjalan dengan baik sekali....

k, jgn lupa walimatul urus di rumah yan nanti..jumpa di sana.....

kebajikan anda keutamaan kami...cewahhhh

walimatul urus...


Assalamualaikum...

Undangan Majlis Perkahwinan

Azian Mohd dan Sazly Sudin

1 Ogos 2009 di No 24, Jalan Padi Malinja 12, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru.




sama-sama hadir bagi memeriahkan majlis...

Wednesday, July 1, 2009

kawin..kawin..dan kawin lagi..

salam,kpd teman2ku skalian, djemput dtg ke majlis doa selamat sempena perkhawinan NOR HAFILAH YUSOF @ FILA & MOHD SAYUTI..
alamat : N0 19, JLN 4/3G, BANDAR BARU BANGI, 43650 pada 4 Julai 2009..sebarkan pada kwn 11th gen of SMAKJ..

Thursday, June 4, 2009

pic dolu2..

tgh x der keje..

trip to teacher huda wedding...kalo x silap arr
jalan-jalan kat area majidee                                    penyu birthday

mkp cake made by odeng's mom

menyanyah kat mana ntah ni....

Tuesday, June 2, 2009

sekitar majlis perkahwinan jannah & ghazali

assalamualaikum wbt..

saya bukanlah jurugambar terhebat, saya menanti gambar dari big boss di email, tetapi tidak ada, saya prepared saja apa yang saya ada, apa yang saya mampu, terimalah seadanya.....

sekitar majlis berinai dan bersanding nurul jannah dan ghazali.....



Friday, May 29, 2009

walimatul urus school holiday season.....

assalamualaikum wbt...

maaf sangat dekterlewat mengupload kad jemputan janah..busy skitlah minggu ni....
harap x lambat lagi. 

so, semua dijemput hadir, sabtu pagi jam 11 majlis akad nikah
sabtu mlm ahad, majlis berinai.....
datang yerrr ramai2...



pukul 5, rasidah alimat jemput ke majlis pertunangannya....

4 jun 2009, ada walimatul urusHafilah yusof beralamat di 

no  116, jalan durian, taman kota jaya, kota tinggi johor...

sama2lah memeriahkan majlis bahagia kawan2 kita...jumpa di sana..........

Tuesday, May 26, 2009

Batch 11 new DenTist

assalamualaikum...

bac 11 mengucapkan tahniah kepada teman kita SARAH BTE ABDUL RAHMAN diatas kejayaan beliau menamatkan pelajarannya dalam bidang pergigian..sekarang ni,dh boleh panggil dia Dr Sarah..

pada 1 hb jun ni,teman kita Hajar Yashin juga akan mengambil peperiksaan final..doakan beliau dapat menjawab peperiksaan ngan tenang n lulus ngan cemerlang...bac 11 menantikan kelahiran doctor gigi yg kedua...

Tuesday, May 19, 2009

coach of the year 09

hye fren..
aku just nak bgtau tau bahawa mersing johan bola sepak bwh 12 negeri johor tahun 2009.
mersing berjaya mengalahkan pasir gudang 3-1.
akula coachnye..ha2


Nk wat AktiviTI apa Ek?

alLopz kawan2...

apa citer ni...suMer seNyap2 je...xde berita pape ke? KOrang xde idea ke nk wat pape aktiviti bac 11.contohnya wat BBQ ke,camping ke...aku tgh KebOSanan ni...

di sEbabkan aku tgh xde kije skarang ni..aku mem'volunteer'kan diri menjadi AJK jemputan Kawin saHABat KiTa JAnnAH LatiF..

KErJA kAwin Umah Jannah pd 31 Mei 2009 kat BBU...JeMputlah Dtg BEramai-Ramai...


Ni GamBar JanNah TunAng..nnti aku uploadkan kad jemputan

p/s: aku dengar fila nk kawen gak 4 jun ni..papE InfO nnti aku cubA sampaikan

Thursday, May 14, 2009

MOHON SUMBANGAN SEMPENA HARI GURU

Assalamualaikum...

kepada sumer warga bac 11 smakj, sempena hari guru ni...saya selaku wakil bac 11 ingin memohon jasa baik teman2 sekalian utk memeberi sedikit sumbangan utk diberikan kepada warga pendidik di SMAKJ...memandangkan kita x dpt menyambut hari guru bersama guru2 di SMAKJ,tetapi mungkin kita dpt memberikan sedikit sumbangan utk meraikan segala jasa dan pengorbanan guru2 kita semua.sumbangan boleh disalurkan ke akaun saya ABDUL HAZIM BIN A.GAFA. akaun maybank 101413278371 sebelum tgh hari jumaat bsk. jasa baik teman2 saya dahului ngan ucapan ribuan terima kasih.
“Guru Pembina Negara Bangsa”

Sunday, May 3, 2009

Apa yang best tentang Johor???

pe yang best tentang johor?

sultan pertama dpt gelaran sir dan baik ngan queen british
sultan pertama yg kawin ngan omputeh
negeri pertame yg ade akta tubuh kanun negeri
negeri yg pertame ade ketapi
gelaran menteri besor diamek dr negeri johor
negeri yg terakhir terime residen british..
sesatunya negeri yg ade askar sendiri..
pembesor negeri 9 pernah mendapatkan perlindungan dr sultan johor
yam tuan negeri 9 dibawak dr minang atas perkenan sultan johor
pahang pernah berade di bawah johor
penghujung asia tenggara adelah johor..
negeri pertame yg buat grand prixx
pencipte bendera melesia dr johor
kiyai salleh berasal dr johor
maharaja meiji mempunyai hubungan baik ngan sultan johor
negeri yang mempunyai tambak..
negeri banyak nenas
negeri yg ade sekolah agama sendiri-siap ade sekolah agame tok org asli
lakse johor,sambal kicap
beriani gam md syah
mee bandung
rojak petis
air katira
mee sipot
air pear
asam pedas
bundle 
slang..
tmj selalu ronda johor
negeri kelahiran PAS.. (di muor)
negeri kelahiran UMNO (di batu pahat)
zainal alam org johor (muor)
nash org johor (muor)
cite sutun
si bongkok tanjung puteri
sri mersing..
pak lomak

ishhh kalo listkan byk yg best pasal johor..
kekekekkekekkekekekekekekekekekekekekekekek


Wednesday, April 29, 2009

perlukan penjelasan???



caon!!! apa sudah jadi dgn kamu??? sakit kah?? sihat kah?? tolong beri kan penjelasan keadaan sebenar kamu wahai caon...

semoga kamu sentiasa sihat dan sukses.. kamu kan mahu periksa..
good luck!!

Friday, April 24, 2009

ijal x bersalah!!!

assalamualaikum wbt

buat pengetahuan semua...ijal x tahu menahu pon pasal artikel beliau disiarkan untuk entri di blog batch..cerita nya begini...saya @ aku @ ana telah diberitahu oleh saudara syafiq zulakifli (langsung dari bumi mesir) mengenai artikel ijal disiarkan dalam berita harian, sekadar ingin berkongsi rasa bangga dan kagum, saya @ aku @ ana, telah pon copy paste artikel ini via berita harian online...so, terpulang pada teman2 lain untuk membaca atau tidak...

buat shahrizal @ ijal, sorry ya ngak mintak permission kamu, tapi ikhlas dari hati yang jujur, tujuannya baik kok, kamu ngak marahkan, tahniah banget juga atas artikelnya. moga diperbanyakkan lagi tulisan-tulisannya. moga jadi pendorong buat teman2 yg lain juga ya.....

sekian, maaf dari saya...yang perlu dimarahin itu saya..bukan siapa2...

sukses ya buat teman2 semua..

Wednesday, April 22, 2009

BERITA HARIAN (RABU, 22 APRIL 2009)

IJAL, SHARE YERR....

Amalan membaca lahir umat berilmu, bertamadun

Oleh Mohd Shahrizal Nasir

Pemilihan bahan berkualiti mampu bina masyarakat berpengetahuan dunia dan akhirat

MEMBACA satu amalan mulia yang dapat membentuk insan berilmu pengetahuan. Hanya dengan ilmu pengetahuan tinggi, manusia dapat mencipta kejayaan gemilang seterusnya membentuk satu tamadun terbilang.

Inilah yang dilakukan oleh tokoh ilmuwan Islam terdahulu seperti Ibn Sina, Ibn Al-Haitham, Al-Biruni, Al-Khawarizmi dan ramai lagi. Segala bentuk khazanah ilmu berjaya mereka kaji dan terokai, bertitik tolak daripada proses pembacaan mendalam hingga menghasilkan penemuan bernilai serta berkualiti.

Maka selayaknya bagi tokoh ilmuwan bersama berjihad dalam bidang ilmu, mendapat pengiktirafan tinggi di sisi Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Allah akan meninggikan martabat orang yang beriman di antara kamu dan orang diberikan ilmu pengetahuan (dari kalangan kamu) beberapa darjat." (Surah al-Mujadalah, ayat 11)

Ibu bapa mampu memupuk minat suka membaca di kalangan anak melalui pelbagai kaedah seperti pemberian buku bacaan ringan dan bagi yang berkemampuan, menyediakan mini perpustakaan di rumah dalam usaha membudayakan ilmu dalam suasana kondusif.

Pemilihan bahan bacaan, terutama yang berkualiti juga penting untuk membina jati diri Muslim bukan saja berilmu, juga berakhlak mulia. Lambakan bahan bacaan di pasaran jika tidak ditapis sesuai usia serta minat anak boleh memberi kesan sebaliknya.

Oleh itu, ibu bapa perlu memilih serta menapis buku atau bahan bacaan untuk diberi kepada anak dalam usaha meningkatkan minat terhadap ilmu pengetahuan melalui proses bacaan. Pastinya ibu bapa tidak mahu anak terdedah pengaruh serta ideologi negatif disebarkan melalui bahan bacaan.

Kehebatan dunia teknologi zaman ini sedikit sebanyak menurunkan minat golongan remaja untuk memilih buku sebagai bahan bacaan utama. Kebanyakan lebih suka duduk berjam-jam di hadapan komputer melayari internet daripada memperuntukkan sebahagian masa membaca buku.

Tanpa menafikan peranan internet yang tidak kurang pentingnya ketika ini, usaha perlu diteruskan bagi memupuk minat masyarakat untuk membaca buku yang lebih berbentuk ilmiah serta dipenuhi fakta yang jelas dan tepat.

Justeru, usaha kerajaan menganjurkan Kempen Bulan Membaca setiap tahun memang dialu-alukan dan seharusnya dimanfaatkan rakyat seluruhnya. Hal ini demi untuk memupuk sikap cintakan ilmu dalam diri individu seterusnya membina masyarakat celik ilmu pengetahuan dan bertamadun tinggi.

Bersempena penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 bermula 17 hingga 26 April bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sewajarnya peluang ini dimanfaatkan untuk memupuk minat dan semangat cintakan ilmu melalui pembacaan buku berkualiti.

Kitab Nashr Thoy at-Ta'rif karangan Muhammad Abd Ar-Rahman bin Umar bin Muhammad menyatakan Imam Syafi'e pernah berkata yang maksudnya: "Sesiapa yang hendakkan kejayaan di dunia maka hendaklah dengan ilmu, dan sesiapa yang hendakkan kejayaan di akhirat maka hendaklah dengan ilmu."

Perlu menjadi ingatan bahawa keghairahan menerokai ilmu pengetahuan dan membaca bahan ilmiah bertimbun banyaknya, tidak sesekali menjadi alasan kepada kita untuk meninggalkan al-Quran sebagai salah satu bahan bacaan seharian.

Ini bertepatan dengan martabatnya sebagai kalamullah dan sumber utama bagi segala bentuk ilmu pengetahuan sama ada berkaitan dunia mahupun akhirat. Sesungguhnya ilmu Allah itu luas umpama hamparan lautan yang tidak bertepian.

Oleh itu, menjadi kewajipan kepada hamba-Nya untuk menimba seberapa banyak ilmu terkandung dalam al-Quran kerana mendalami isi kandungan kitab Allah secara tidak langsung mendekatkan hamba kepada Penciptanya.

Firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambah lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan." (Surah al-Kahf, ayat 109)

Jika direnung pula tuntutan membaca melalui penurunan surah al-'Alaq, bukan saja meletakkan ilmu sebagai asas utama menimba pengetahuan tetapi juga cara menyebarkan dakwah menyeru kepada mentauhidkan Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (Surah al-'Alaq, ayat 1-5)

Amalan membaca menghasilkan petunjuk yang akan memandu manusia ke arah kehidupan lebih sempurna.

Istimewanya bagi mereka yang bersungguh menuntut ilmu, membaca akan menjadi satu tabiat sukar dipisahkan daripada aktiviti seharian.

Penulis ialah Felo Akademik Fakulti Bahasa Dan Komunikasi Universiti Darul Iman Malaysia

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP