BATCH 11 S.M.A.K.J

1001 Kenangan....

Sunday, September 6, 2009

LAPORAN MAJLIS BERBUKA PUASA BATCH 11 SMAKJ

Sept, 6. Majlis berbuka puasa generasi ke 11 Sek. Men. Agama Kerajaan Johor telah diadakan di J.A Residence di Johor Bahru. Seramai 45 orang telah hadir memeriahkan majlis berbuka puasa tersebut yang terdiri dari 20 orang lelaki dan 25 orang perempuan.

Majlis bermula dengan kehadiran tetamu yang hadir bermula jam 6.00 ptg sehingga 7.00 ptg. Walaupun pada permulaan kehadiran terlalu sedikit, tetapi kehadiran semakin bertambah ketika waktu maghrib hampir tiba. Tetamu berbuka dengan sedikit buah kurma dan minuman dan dimulakan ngn solat maghrib dahulu sebelum juadah berbuka puasa bermula.

Jam 7.45 mlm, para hadirin mula menjamu selera selepas selesai solat maghrib. Antara juadah yang disediakan adalah nasi putih berlaukkan daging kambing sambal, ayam, ikan sweet sour, mee kari, sayur-sayuran, kuih muih, kacan hitam, puding, dan bermacam-macam lagi juadah yg disediakan untuk majlis yang julung-julung pertama kali diadakan selepas majlis reunion di "Gunung Ledang".

Jam 8.15 mlm, ucapan disampaikan oleh pengerusi Bacth 11 SMAKJ 'Abdul Hazim bin Gafa', antara ucapan yang disampaikan oleh beliau adalah ucapan yang tidak terhingga kepada AJK pelaksana penggerak majlis berbuka puasa dan beliau tidak menyangka akan kehadiran dan sokongan yang diberikan oleh rakan-rakan sekalian. walaupun ada yang tidak dapat hadirkerana urusan kerja, tetapi sokongan dan diberikan amat dihargai. beliau berharap agar rakan-rakan batch akan sentiasa memberikan sokongan atas segala aktiviti yang dijalankan oleh AJK Batch 11 dengan harapan supaya ukhwah yang dipupuk sejak di tingkatan 1 sehingga tamat belajar akan diteruskan sehingga akhir hayat.

Jam 8.30 mlm, majlis diteruskan ngan sesi ramah mesra antara satu sama lain dan bergambar sebagai kenangan. Majlis bersurai jam 9.00 mlm.

Disediakan,
ABDUL HALIM NASARUDDIN
S/U BATCH 11 SMAKJ

0 comments:

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP