BATCH 11 S.M.A.K.J

1001 Kenangan....

Wednesday, April 29, 2009

perlukan penjelasan???



caon!!! apa sudah jadi dgn kamu??? sakit kah?? sihat kah?? tolong beri kan penjelasan keadaan sebenar kamu wahai caon...

semoga kamu sentiasa sihat dan sukses.. kamu kan mahu periksa..
good luck!!

Friday, April 24, 2009

ijal x bersalah!!!

assalamualaikum wbt

buat pengetahuan semua...ijal x tahu menahu pon pasal artikel beliau disiarkan untuk entri di blog batch..cerita nya begini...saya @ aku @ ana telah diberitahu oleh saudara syafiq zulakifli (langsung dari bumi mesir) mengenai artikel ijal disiarkan dalam berita harian, sekadar ingin berkongsi rasa bangga dan kagum, saya @ aku @ ana, telah pon copy paste artikel ini via berita harian online...so, terpulang pada teman2 lain untuk membaca atau tidak...

buat shahrizal @ ijal, sorry ya ngak mintak permission kamu, tapi ikhlas dari hati yang jujur, tujuannya baik kok, kamu ngak marahkan, tahniah banget juga atas artikelnya. moga diperbanyakkan lagi tulisan-tulisannya. moga jadi pendorong buat teman2 yg lain juga ya.....

sekian, maaf dari saya...yang perlu dimarahin itu saya..bukan siapa2...

sukses ya buat teman2 semua..

Wednesday, April 22, 2009

BERITA HARIAN (RABU, 22 APRIL 2009)

IJAL, SHARE YERR....

Amalan membaca lahir umat berilmu, bertamadun

Oleh Mohd Shahrizal Nasir

Pemilihan bahan berkualiti mampu bina masyarakat berpengetahuan dunia dan akhirat

MEMBACA satu amalan mulia yang dapat membentuk insan berilmu pengetahuan. Hanya dengan ilmu pengetahuan tinggi, manusia dapat mencipta kejayaan gemilang seterusnya membentuk satu tamadun terbilang.

Inilah yang dilakukan oleh tokoh ilmuwan Islam terdahulu seperti Ibn Sina, Ibn Al-Haitham, Al-Biruni, Al-Khawarizmi dan ramai lagi. Segala bentuk khazanah ilmu berjaya mereka kaji dan terokai, bertitik tolak daripada proses pembacaan mendalam hingga menghasilkan penemuan bernilai serta berkualiti.

Maka selayaknya bagi tokoh ilmuwan bersama berjihad dalam bidang ilmu, mendapat pengiktirafan tinggi di sisi Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Allah akan meninggikan martabat orang yang beriman di antara kamu dan orang diberikan ilmu pengetahuan (dari kalangan kamu) beberapa darjat." (Surah al-Mujadalah, ayat 11)

Ibu bapa mampu memupuk minat suka membaca di kalangan anak melalui pelbagai kaedah seperti pemberian buku bacaan ringan dan bagi yang berkemampuan, menyediakan mini perpustakaan di rumah dalam usaha membudayakan ilmu dalam suasana kondusif.

Pemilihan bahan bacaan, terutama yang berkualiti juga penting untuk membina jati diri Muslim bukan saja berilmu, juga berakhlak mulia. Lambakan bahan bacaan di pasaran jika tidak ditapis sesuai usia serta minat anak boleh memberi kesan sebaliknya.

Oleh itu, ibu bapa perlu memilih serta menapis buku atau bahan bacaan untuk diberi kepada anak dalam usaha meningkatkan minat terhadap ilmu pengetahuan melalui proses bacaan. Pastinya ibu bapa tidak mahu anak terdedah pengaruh serta ideologi negatif disebarkan melalui bahan bacaan.

Kehebatan dunia teknologi zaman ini sedikit sebanyak menurunkan minat golongan remaja untuk memilih buku sebagai bahan bacaan utama. Kebanyakan lebih suka duduk berjam-jam di hadapan komputer melayari internet daripada memperuntukkan sebahagian masa membaca buku.

Tanpa menafikan peranan internet yang tidak kurang pentingnya ketika ini, usaha perlu diteruskan bagi memupuk minat masyarakat untuk membaca buku yang lebih berbentuk ilmiah serta dipenuhi fakta yang jelas dan tepat.

Justeru, usaha kerajaan menganjurkan Kempen Bulan Membaca setiap tahun memang dialu-alukan dan seharusnya dimanfaatkan rakyat seluruhnya. Hal ini demi untuk memupuk sikap cintakan ilmu dalam diri individu seterusnya membina masyarakat celik ilmu pengetahuan dan bertamadun tinggi.

Bersempena penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 bermula 17 hingga 26 April bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sewajarnya peluang ini dimanfaatkan untuk memupuk minat dan semangat cintakan ilmu melalui pembacaan buku berkualiti.

Kitab Nashr Thoy at-Ta'rif karangan Muhammad Abd Ar-Rahman bin Umar bin Muhammad menyatakan Imam Syafi'e pernah berkata yang maksudnya: "Sesiapa yang hendakkan kejayaan di dunia maka hendaklah dengan ilmu, dan sesiapa yang hendakkan kejayaan di akhirat maka hendaklah dengan ilmu."

Perlu menjadi ingatan bahawa keghairahan menerokai ilmu pengetahuan dan membaca bahan ilmiah bertimbun banyaknya, tidak sesekali menjadi alasan kepada kita untuk meninggalkan al-Quran sebagai salah satu bahan bacaan seharian.

Ini bertepatan dengan martabatnya sebagai kalamullah dan sumber utama bagi segala bentuk ilmu pengetahuan sama ada berkaitan dunia mahupun akhirat. Sesungguhnya ilmu Allah itu luas umpama hamparan lautan yang tidak bertepian.

Oleh itu, menjadi kewajipan kepada hamba-Nya untuk menimba seberapa banyak ilmu terkandung dalam al-Quran kerana mendalami isi kandungan kitab Allah secara tidak langsung mendekatkan hamba kepada Penciptanya.

Firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambah lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan." (Surah al-Kahf, ayat 109)

Jika direnung pula tuntutan membaca melalui penurunan surah al-'Alaq, bukan saja meletakkan ilmu sebagai asas utama menimba pengetahuan tetapi juga cara menyebarkan dakwah menyeru kepada mentauhidkan Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (Surah al-'Alaq, ayat 1-5)

Amalan membaca menghasilkan petunjuk yang akan memandu manusia ke arah kehidupan lebih sempurna.

Istimewanya bagi mereka yang bersungguh menuntut ilmu, membaca akan menjadi satu tabiat sukar dipisahkan daripada aktiviti seharian.

Penulis ialah Felo Akademik Fakulti Bahasa Dan Komunikasi Universiti Darul Iman Malaysia

Thursday, April 9, 2009

perkahwinan arziana



Assalamualaikum wbt..

maaf atas ketelatan laporan saya ini.. i try my best utk edit pic2 perkahwinan arziana..hope...ok lah ek..

Saturday, April 4, 2009

CONGRATULATIONS!!! TO DR HAZIM...


Assalamualaikum wbt...

Sejuta ucapan tahniah utk presiden batch 11 Abdul Hazim Abd Gafa (Po'bear) diatas kejayaan beliau menamatkan pengajian dengan cemerlang. lepas ni kalo sakit2 kerr leh arr refer kat dia..semua penyakit dia leh tolong ubatkan kecuali sakit ANGAU. 



kepada Po'bear, selamat menjalankan tugas dgn amanah, jujur n ikhlas, hadapi semua dengan senyuman dan ketenangan, berlindunglah di sebalik wajah slumber n apa yg penting??? KERJASAMA!!!

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP