announcement!!!!!!!
assalamualaikum teman-temanku yang disayangi sekalian....
di sini ada pengumuman...organisers reunion telah bersepakat sebulat suara, sebulat hati, sebulat biji mata untuk mempercepatkan tarikh penghantaran nama yg akan ke reunion gunung ledang selewat-lewatnya 25 december atas sebab2 yang munasabah antaranya untuk booking bilik di resort. justeru, mintak sangat2 kerjasama daripada anda dan anda serta anda semua..untuk confirmkan nama secepat yang mungkin. dulu-dulu masa zaman skolah...teman-temankan banyak member2 kamcing kan...so, apalah kiranya kalau teman-teman dapat memujuk member2 kamcing teman2 utk turut serta dalam gathering ini...so, x der lagi masalah x der member lah, sorang2 seganlah...semuanya bisa di atur....pihak kami faham masalah-masalah yang anda hadapi seperti kengkangan masa, jadual kerja, clash dgn exam, jadual kuliah,transport, ada member yang ngam pegi ke x, so, dgn masa yang begitu singkat ini, kami berharap teman-teman semua dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi, arrange n manage betul2 jadual dan apa-apa masalah yang perlukan bantuan dan pendapat dr kami jgn malu-malu nak tanya or share. kami sentiasa bersama teman-teman semua susah dan senang.
pihak kami juga cuba berusaha keras sedaya upaya yang mungkin...untuk memastikan kesemua ahli2 batch yang keseluruhannya adalah dalam 188 orang agar dapat join sama-sama utk reunion kali ini.so, kerjasama dr teman-teman utk mengkhabar-kabarkan berita ini ke teman-teman yang lain amatlah kami hargai dan harapkan.bukan senang nak dapat masa berkumpul mcm nikan.pujuklah dengan mcm mana gaya sekalipon kepada teman-teman kita ni sampai diorg tergoda nak pegi.
mcm nilah...ramai yang saya hubungi mangatakan takut hari sabtu 24 january tu sibuk...teman-teman jangan risau...reunion kita ni berkemuncak pada sebelah malam sebenarnya. petang sabtu tu pon check in pukul 2 ptg. dan pada sebelah petangnya pon aktivity bebas. so, teman-teman yang busy pada sebelah pagi...kalo nak datang lambat pon x per. asal malam tu ada bersama kami semua. dan esok pagi dapat sama2 join sukaneka...secara x langsung dapat lah hilangkan tension sekejap daripada memikirkan hal kerja dan kuliah kan.mcm mana lambat sekalipon...kami tetap berbesar hati menerima kehadiran teman-teman semua. x der apa yg perlu dirisaukan...
lagi satu masalah yang teman2 saya tanya mengenai transport..apa yang saya cadangkan...akan ada teman2 kita yang akan bertolak daripada kuala lumpur dan johor bahru...so, mintak sekali lagi kerjasama teman-teman untuk cadangkan tempat berkumpul...so, leh konvoi sama2, minyak dgn tol pon leh tong2 kan...
ok, banyak pulak saya yang menaip ni berceloteh...last but not least...jangan lupa segera confirmkan persetujuan utk hadir...saya berdebar-debar menanti reaksi sokongan dr teman-teman....harap2 gathering kali ini penuh bermakna...kita support presiden batch kita yang bertungkus lumus menzahirkan yang terbaik utk kita semua...jgn lupa hantar nama dan saiz baju skali....and the most important thing, bank in kan duit...he2..tu jerklah setakat ini...apa2 masalah boleh lah diajukan...
salam hormat daripada saya yang menanti penuh seribu pengharapan...
wassalam.
0 comments:
Post a Comment